Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Tuesday, March 1, 2011

Bahaya Kentang Goreng

AWAS!!

Jom baca....dapat artikel nie kt sini.


Kentang Goreng
Apabila menyebut soal Kentang Goreng atau French fries,pasti ada di antara kita yang mengalirkan air liur akan kelazatan  rasa kentang goreng.Rasa yang sedap serta rupa yang menarik sudah tentu menarik perhatian kita untuk menjamah terutama kanak-kanak.
Namun, bagi Anda yang ketagih dengan  makanan ini, sebaiknya meletakkan rasa waspada pada diri anda mengenai ketagihan tersebut. Menurut kajian yang dilakukan oleh saintis,kandungan acrylamide dalam kentang goreng dipercayai boleh  meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser, terutama pada  golongan wanita muda.


kentang goreng



Seperti yang telah digembar-gemburkan  dalam British Journal of Cancer, seseoarang yang kerap mengambil makanan yang mempunyai kandungan acrylamide yang tinggi akan meningkatkan risiko mereka  menghidap penyakit kanser  payudara , khususnya pada wanita yang belum memasuki masa menopause.
Para ilmuwan di University of Leeds, telah  melakukan kajian  yang melibatkan perempuan yang berusia antara 35-69 tahun. Kajian terhadap golongan wanita ini dipantau selama 11 tahun  dalam sebuah buku  yang bertajuk “United Kingdom Women’s Cohort Study”. Dalam buku  ini,saintis  mengkaji jenis-jenis makanan yang mengandungi acrylamide.


Apa itu acrylamide sebenarnyer??
Acrylamide adalah sebatian  organik dengan rumus kimia C5H5NO. Sebatian  ini terdapat  pada bahan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti jagung, kentang, dan tepung yang disajikan dengan cara  digoreng, dipanggang, atau dibakar pada suhu melebihi 120 darjah Celsius.
Sejumlah makanan  seperti kerepek kentang, atau produk berbahan kentang lain, seperti kentang goreng, cereal (produk sarapan pagi), produk-produk bakery (roti bakar), dan produk yang diperbuat daripada  jagung atau tepung jagung, dipercayai  meningkatkan  acrylamide dalam kandungan. Hal ini terjadi kerana cara penyediaannya yang  memerlukan suhu tinggi dan waktu cukup lama, apalatah lagi  makanan tersebut akan mengalami perubahan warna kepada kecoklatan atau keperang-perangan.
*Hati-hatilah dengan pemakanan kita seharian kerana dengan pemakanan, berbagai penyakit akan timbul.Makanan segera sememangnya indah pada pandangan mata,lazat pada lidah namun belum tentu selamat pada tubuh.Saya berharap agar entri saya ini dapat lah Anda kongsi dengan orang lain agar kita semua kekal sihat.hidup sihat menjamin kebahagiaan. :-)
Sebarkan!!



3 comments:

Chempaka Aziz says:
at: March 31, 2011 at 3:18 PM said...

mmg kena hati2 skrg.mcm2 blh jdi.byak sgt yg tk sihat

Anonymous
at: August 16, 2013 at 9:46 AM said...

memang remaja sekarang ni ramai suka makan kentang goring especially di mecd.

Anonymous
at: August 16, 2013 at 9:46 AM said...

memang remaja sekarang ni ramai suka makan kentang goring especially di mecd.