Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Tuesday, June 9, 2015

Atasi Ketakutan : Selalulah Cabar Diri Sendiri

Alhamdulillah.

Saya dah berjaya atasi ketakutan yang selama nie bersarang gagah dalam diri sendiri. Bila diingatkan, bodohnya terasa. Padahal bukanlah besar sangat masalahnya. Huhu..

Saya. Ye, saya sangat takut nak drive sendiri. Takut tengok lautan kereta diatas jalan raya. Takut tak tahu jalan. Takut tak reti baca signboard. Takut sesat.
Huh!
Segala macam takut le.

Alhamdulillah. Selepas kejadian sadis dalam hidup saya terjadi, ketakutan tu dah pun dapat diatasi. Ye lah. Dah terdesak kan?
Tapi, sepatutnya tak payah la tunggu terdesak baru nak atasi ketakutan tu. Buat je. Redah.

Sebenarnya bukan nak cerita kisah sedih. Adoi!
Nak cerita yang saya dah berani drive sendiri. Jarak jauh tau. Sebelum nie, Kajang-KL pun Masyaallah takutnya.
Baru-baru nie, dah berjaya drive Chini - Sungai Besar. Proud of myself. Hehe.
Kecik pada pandangan mata orang, tapi besar untuk saya tu.

Dapat juga bawa mak hadiri kenduri sepupu kat Sungai Besar. Drive non-stop dari Chini ke Klang. Singgah rumah adik. Tu pun sebab nak cari bengkel kereta. Hehe.
Dahsyat tak?



Boypren kesayangan yang mintak ditukar timing belt..

Lepas je abam mekanik tengok apa-apa yang patut, kami mengisi perut yang semakin berkeroncong. Adik payung nasi ayam penyet kat Klang Central.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah nenek di Sungai Besar. Alhamdulillah selamat tiba dengan jayanya. Disambut pulak dengan pemandangan sawah padi yang saujana mata memandang.

Subahanallah!
Nikmat mana lagi yang nak didustakan? Indahnya pemandangan, penuh dengan ketenangan. Nikmat yang mahal Allah bagi pada waktu tu. Dhia & Dina pun bukan main seronoknya main campak-campak batu dalam air. Hehe.



Background disekeliling rumah nenek saya.

Lepak kat rumah nenek semalaman. Sempat la mak menyembang dengan nenek sekejap. Seronok dapat ziarah orang tua yang banyak berjasa. Banyak jugak mesej tersirat yang saya dapat dalam lawatan kali nie. Huhu.

Esoknya, seawal jam 11, kami dah bergerak ke rumah sepupu di Pasir Panjang untuk majlis walimatul urus. Saya tak ingat nama sepupu tu. Hehe. Ape ntah!
Dapat jumpa semua sepupu-sepupu & pakcik makcik disebelah abah. Tahniah pengantin. Moga kekal till Jannah.















Tu je la kisah di rumah kenduri. Seronok dapat jumpa sedara mara yang jarang sangat dapat bertemu mata.
Kalau ada izin Allah, umur dipanjangkan, kita jupa lagi ye.


0 comments: