Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Tuesday, July 31, 2012

Anak-anak & kasut

Salam 11 Ramadhan..

Kejap je masa berjalan. Sedar tak sedar, dalam sibuk urusan dunia, rupanya dah 11 hari kita sume berpuasa...
Entah kenapa tahun nie, semangat nak membuat baju kurung macam tahun-tahun lepas, tak keluar membara macam selalu. Mungkin faktor usia & tanggungjawab tak memungkinkan semangat tu untuk keluar..owh my...saya dah makin tua....Saya cuma beli sepasang baju kurung sebagai syarat. Baju kurung & baju melayu dah disetelkan oleh nenek & embah...Thanks nenek & embah...tak mintak, tapi bila orang dah sediakan, kecik tapak tangan, padang bola le saya tadahkan.....hihihi..

Eh..sebenarnya nak citer kisah anak-anak dengan kasut mereka...
Last Sunday, bawa diorang pegi beli kasut kat Kajang, kedai kasut sebelah ziplee....Sebab musabab pegi kekedai tu, sebab ada terjumpa kasut size budak, design dewasa....wah..wah..wah..Dira bukan main suka lagi bila dapat kasut yang dia dok idam...

Dari sampai kat rumah, bawa le sampai masa nak tidur, kehulu-kehilir tawaf rumah pakai kasut...
Yang paling kelakar, nak bangun kencing kol 3 pagi, kasut dia dulu yang dipegang..bukan nak cari toilet..
Haish.....

Susahnya nak upload gambar guna galaxy tab ye...hadap je la Nor, entry yang tak de gambar nie...


Tuesday, July 24, 2012

SUSU SAYA TIDAK CUKUP?

Hari nie, saya nak berkongsi artikel tentang keluhan ramai ibu-ibu diluar sana.
Ini adalah hasil perkongsian daripada doktor laktasi dari HUSM.


Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.
 


Monday, July 23, 2012

Penyusuan bersama Dhia

Alhamdulillah...

Proses penyusuan bersama Dhia hampir 5 bulan. Dhia pun dah boooolat...:)
Tiap hari saya bekalkan pada babysitter 8 x 2oz...kadang-kadang, 8 botol tu balik semua..kadang 7 botol je balik....maknanya, Dhia memang minum banyak la kot...berat skrg pun dah 5.8kg....
Sangat aktif anak mama yang tu...seminit pun tak mo dok diam...tidur pun lasak jugak...

So far, stok susu kt dalam fridge tu agak banyak..sampai penin nak simpan kat mana lagi...
So, saya decide untuk ubah cara storage...saya perlu buat style yang leper2 tu....
Beli plastic sealer machine jugak...sbb saya cuma guna plastik storage susu yang tak de zip lock..jimat sket..hehe....




Apa yang saya amal cuma la :

1. Set 3M Shaklee,
2. Jadual megepam yang agak konsisten,
3. Air yang mencukupi,
4. Doa & tawakal.

Semoga perjalanan saya bersama Dhia mendapat rahmat & dipermudahkan...Amin...

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dari saya & keluarga untuk semua...


Alhamdulillah...
Tahun nie saya berpeluang untuk menyambut Ramadhan bersama En. Suami tercinta & anak-anak tersayang.
Tahun lepas, saya redha, tak dapat berpuasa sebulan dek kerana alahan yang teruk sbb mengandung Dhia.
Sambut raya pun ala kadar jer...sume persiapan, En Suami yang buat..

So, misi tahun nie adalah untuk train si Comel Dira untuk berpuasa...
1st day puasa, dia dapat bertahan sampai pukul 2.45pm...tu pun sebab kami bawa anak2 ke econsave untuk beli barang2 dapur...Unfortunately, kt situ ramai le pulak budak2 yang sama baya ngn Dira makan roti & minum air...
So, bila balik rumah, dengan selamba badak dia makan gula2 yang dibeli, konon untuk reward dia...
Bila mama tanya, apsal dia makan,....selamba je jawab "orang tadi tu bole je makan..."
Haish...

2nd day, dia dapat bertahan sampai azan maghrib....Alhamdulillah..keletihan anak mama nie...
Proud of you dear......