Jom baca....dapat artikel nie kt sini.
Apabila menyebut soal Kentang Goreng atau French fries,pasti ada di antara kita yang mengalirkan air liur akan kelazatan rasa kentang goreng.Rasa yang sedap serta rupa yang menarik sudah tentu menarik perhatian kita untuk menjamah terutama kanak-kanak.Kentang Goreng
Namun, bagi Anda yang ketagih dengan makanan ini, sebaiknya meletakkan rasa waspada pada diri anda mengenai ketagihan tersebut. Menurut kajian yang dilakukan oleh saintis,kandungan acrylamide dalam kentang goreng dipercayai boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser, terutama pada golongan wanita muda.
Seperti yang telah digembar-gemburkan dalam British Journal of Cancer, seseoarang yang kerap mengambil makanan yang mempunyai kandungan acrylamide yang tinggi akan meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit kanser payudara , khususnya pada wanita yang belum memasuki masa menopause.
Para ilmuwan di University of Leeds, telah melakukan kajian yang melibatkan perempuan yang berusia antara 35-69 tahun. Kajian terhadap golongan wanita ini dipantau selama 11 tahun dalam sebuah buku yang bertajuk “United Kingdom Women’s Cohort Study”. Dalam buku ini,saintis mengkaji jenis-jenis makanan yang mengandungi acrylamide.
Apa itu acrylamide sebenarnyer??
Acrylamide adalah sebatian organik dengan rumus kimia C5H5NO. Sebatian ini terdapat pada bahan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti jagung, kentang, dan tepung yang disajikan dengan cara digoreng, dipanggang, atau dibakar pada suhu melebihi 120 darjah Celsius.
Sejumlah makanan seperti kerepek kentang, atau produk berbahan kentang lain, seperti kentang goreng, cereal (produk sarapan pagi), produk-produk bakery (roti bakar), dan produk yang diperbuat daripada jagung atau tepung jagung, dipercayai meningkatkan acrylamide dalam kandungan. Hal ini terjadi kerana cara penyediaannya yang memerlukan suhu tinggi dan waktu cukup lama, apalatah lagi makanan tersebut akan mengalami perubahan warna kepada kecoklatan atau keperang-perangan.
*Hati-hatilah dengan pemakanan kita seharian kerana dengan pemakanan, berbagai penyakit akan timbul.Makanan segera sememangnya indah pada pandangan mata,lazat pada lidah namun belum tentu selamat pada tubuh.Saya berharap agar entri saya ini dapat lah Anda kongsi dengan orang lain agar kita semua kekal sihat.hidup sihat menjamin kebahagiaan.![]()
Sebarkan!!

3 comments:
at: March 31, 2011 at 3:18 PM said...
mmg kena hati2 skrg.mcm2 blh jdi.byak sgt yg tk sihat
at: August 16, 2013 at 9:46 AM said...
memang remaja sekarang ni ramai suka makan kentang goring especially di mecd.
at: August 16, 2013 at 9:46 AM said...
memang remaja sekarang ni ramai suka makan kentang goring especially di mecd.
Post a Comment