Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Friday, September 21, 2012
 Sebelum-sebelum ni saya macam segan nak tayang gambar sendiri. Almaklumlah, muka ala-ala model gitu. Memang jenis yang tak suka bergambar. Jadi gambar untuk testimoni pun seadanya aje lah.



Okey, gambar sebelum tu ambil sehari sebelum saya deliver anak ketiga. Memang agak menyampah jugak tengok muka sendiri masa tu. Actually, tak ada la problem sangat. Cuma terasa gelap & kusam aje kulit mukaku itu.

Saya memang bukan orang yang pakai macam-macam produk skincare. Cukup sekadar pencuci Safi & foundation Maybeline. Bedak pulak cuma compact powder silkygirl aje. Janji tak pucat sangat muka ku yang comei tu. hehehe...gurau je... Kulit jenis yang berminyak, akan ditumbuhi jerawat bila period nak menjengah. Tak ada jeragat pun..Maybe sebab berminyak kot. Ntah le..Cuma yang pasti, kulit muka saya memang kusam & tak bermaya. Fakta tu dari dulu lagi. Dan juga pori yang agak besar. Tapi tak nampak pulak dalam gambar yek. Dah cari gambar close up. Tapi memang tak ada. So, tak bole nak compare lah. Saya cerita aje la ye..

And now, saya start consume vitamin-vitamin Shaklee selepas saya deliver si bambam Dhia. Mula dengan set untuk berpantang...vitamin c, vitalea, Bcomplex, Alfalfa & ZInc complex. Masa nie saya dah nampak kulit makin cerah. Tak ada pucat macam kebanyakan ibu berpantang.

Lepas tu saya tambah sikit demi sikit. Saya amik GLA & Omega Guard. Lepas abis cuti berpantang, saya tambah dengan ESP & Ostematrik.

Alhamdulillah, susu meriah, kulit pun makin ceria. Kosmetik yang saya guna sekarang, masih sama..Compact powder Silkygirl, foundation Maybelline, pencuci muka safi. Sangat berhajat untuk tukar kepada Nutriwhite satu hari nanti....


Thursday, September 13, 2012

Misi Slim Saya


Azam lama yang harus diperbaharui...hehehe

Sejak banyak sangat jamuan raya, misi penurunan berat dah terbantut sikit...adeh...
Nasib baik tak naik..just menten jer....Thanx to proses exclusive breastfeeding process....Kalo tak, mau berkilo-kilo naik nie...
Amik mak nenek suplemen pun, kalo diet & pemakanan tak jaga, memang hancus le jugak..

So, starting from next monday, saya mesti fill in jadual berat nie...so, saya bole monitor ada progress ke tidak..Cahiyok Noriah!!!!


Date Weight Loss
17/09/2012    
24/09/2012    
01/10/2012    
08/10/2012    
15/10/2012    
22/10/2012    
29/10/2012    
























Monday, September 10, 2012

Teknologi : Merosak / Membangun insan??

Salam Isnin!!!

Tajuk sungguh tak boleh blah ek...macam nak wat diskusi intelek je...hehehe..

Sedar tak sedar....tu lah hakikatnya..zaman sekarang, sume di hujung jari aje..tinggal sediakan duit je nak sediakan gajet-gajet informasi yang makin canggih & wallah...




Last Satruday, kami dibawa en. suami ke mini reunion ex-schoolmate...Makan-makan, sembang-sembang..tapi tak sempat nak snap gambar pun..huhu...

Apa yang saya concern is, mostly semua kawan-kawan en. suami, gunakan galaxy tab atau ipad untuk mengalih tumpuan anak-anak masing-masing daripada membuat onar kt kedai makan. Sebenarnya kami tak de lah nak ajar anak dengan gunakan galaxy tab untuk alih perhatian dorang. Selalunya kami sembang-semabang anak beranak sementara menunggu makanan sampai. Tapi disebabkan semua anak-anak orang lain dah leka dengan tab / ipad mak pak masing-masing, makanya haruslah anak saya pun minta keluarkan gtab untuk tengok youtube...and me, tak de pilihan kena keluarkan jugak.

Apa yang terkesan dihati adalah, bila anak-anak dah leka dengan aktiviti di gajet masing-masing, tak de la lagi aktiviti nak berkawan-kawan, main lari-lari atau bergaduh-gaduh...
At last, rasanya sume pun tak bertegur...cuma mak-mak & pak-pak jer dok bersembang...

Terfikir kat kepala yang dah nak berkarat nie, sebenarnya gajet-gajet nie tak patut dibawa untuk perjumpaan macam tu...and, saya sangat pasti yang zaman sekarang, kebanyakan orang cuma pandai bersembang kt laman maya jer...bila berjumpa empat mata, masing-masing kelu tak berbahasa.....


Friday, September 7, 2012

Gambar Raya 2012

Raya 2012.
Tak banyak gambar pun yang dapat snap...huhu..kami nie memang malas nak amik gambar...












Wednesday, September 5, 2012

Dhia : 6 Bulan

05 September 2012

Hepi 6th month old Dhia Nur Amani.. Semoga menjadi anak yang baik & solehah untuk mama dan abah.
Genap juga 6 bulan perjalanan penyusuan secara eksklusif saya bersama Dhia...Alhamdulillah.
Semoga perjalanan seterusnya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...Saya sungguh cuak bila-bila keadaan susu merudum...haish...sabar..sabar...usaha lagi..



Dhia sekarang dah pandai mengemop lantai...agak cepat berbanding dengan abang & kakak dulu...Alhamdulillah...semoga perkembangan motornya  berada dalam track. Sekejap je masa berlalu..rasanya baru semalam sakit bersalin...huhuhu...

Dhia juga sangat peramah. Rajin tersenyum & menegur orang...anak yang tak banyak ragam...
Jarang menangis yang bole buatkan mama kelam kabut...bila dah kenyang menyusu, dia boleh main sendiri..bila di dodoikan, Dhia senang tidur...

Semoga Dhia jadi anak yang baik hingga akhir hayat....

Tuesday, September 4, 2012

Cerita Raya Kami


Walllaaaa...rupanya dah sebulan blog nie tak berhapdet...
Nampak sangat tuan tanah malas nak menulis. Padahal zaman dulu kala, kalo dah start menulis tu, lupa lak cemana nak berenti...huk..huk..huk..

Dah 17 Syawal rupanya ari nie..kejap je masa berjalan..nak tepek gambar raya je...dah le sekeping je..huhu...ada byk dalam tab. Tapi tak tau cemana nak transfer ke PC..sungguh terserlah kesengalan..ahakss...


Nie raya pertama untuk Dhia yang bambam. Dan raya pertama dia, beraya di rumah atuk & tok wan...
Tak de apa yang best sangat..hahaha....bole gitew??

Malam raya, just lepak-lepak depan tv...Kt rumah atuk & tok wan memang tak de banyak aktiviti.. Sebab keje masak-memasak juadah tak hyper sangat...Menu raya dorang mudah je...rebus ketupat segera & masak rendang je sikit...sarapan di pagi raya pun just mihun goreng...huhu...
Bermastautin di rumah atuk & tok wan sampai raya ke-5 sebab nak menunggu majlis bertunang makcik dorang.

Dan pagi raya ke-5 tu, kitorang gerak ke Cameron Hingland ngan embah & nenek pulak....banyak citer sedih masa nie...so keputusannya, memang raya tahun nie, tak best sangat...
Thursday, August 2, 2012

Ceritera tentang susu Dhia

Salam 13 Ramadhan..

Cepatnya masa berlalu....
05 Ogos 2012, Dhia dah 5 bulan...maknanya dah 5 bulan juga perjalanan penyusuan saya bersama si comel tu. Tak sabar nak introduce solid food kat Dhia.

Sekarang, saya dah tau cara untuk membekukan susu secara meleper..So, lepas nie saya harap ruang fridge kat rumah tu jadi luas untuk saya tempatkan lebih banyak stok susu untuk Dhia. Hampir je nak bli deep freezer..tapi bila mengenangkan ruang rumah yang terhad, saya mesti buat sesuatu yang lain. So, skrg saya dah tau..:)


Stok untuk Dhia


Yang empunya


Wednesday, August 1, 2012

MINDA YANG MUSYKIL

Kekurangan ilmu membuatkan saya tak tahu nak kata apa. Rasanya, ia adalah perkara yang sangat basic. Yang seharusnya diketahui oleh semua yang mengaku Islam. Cintakan agama, patuh pada yang Esa, sayang pada Rasulnya. Apakah wajar bila berada di rakaat ke 2, untuk solat zohor, sedang azan asar sedang berkumandang?

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.

Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.
Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.
4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.
7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.
Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Sumber: http://fekah.blogspot.com


Tuesday, July 31, 2012

Anak-anak & kasut

Salam 11 Ramadhan..

Kejap je masa berjalan. Sedar tak sedar, dalam sibuk urusan dunia, rupanya dah 11 hari kita sume berpuasa...
Entah kenapa tahun nie, semangat nak membuat baju kurung macam tahun-tahun lepas, tak keluar membara macam selalu. Mungkin faktor usia & tanggungjawab tak memungkinkan semangat tu untuk keluar..owh my...saya dah makin tua....Saya cuma beli sepasang baju kurung sebagai syarat. Baju kurung & baju melayu dah disetelkan oleh nenek & embah...Thanks nenek & embah...tak mintak, tapi bila orang dah sediakan, kecik tapak tangan, padang bola le saya tadahkan.....hihihi..

Eh..sebenarnya nak citer kisah anak-anak dengan kasut mereka...
Last Sunday, bawa diorang pegi beli kasut kat Kajang, kedai kasut sebelah ziplee....Sebab musabab pegi kekedai tu, sebab ada terjumpa kasut size budak, design dewasa....wah..wah..wah..Dira bukan main suka lagi bila dapat kasut yang dia dok idam...

Dari sampai kat rumah, bawa le sampai masa nak tidur, kehulu-kehilir tawaf rumah pakai kasut...
Yang paling kelakar, nak bangun kencing kol 3 pagi, kasut dia dulu yang dipegang..bukan nak cari toilet..
Haish.....

Susahnya nak upload gambar guna galaxy tab ye...hadap je la Nor, entry yang tak de gambar nie...


Tuesday, July 24, 2012

SUSU SAYA TIDAK CUKUP?

Hari nie, saya nak berkongsi artikel tentang keluhan ramai ibu-ibu diluar sana.
Ini adalah hasil perkongsian daripada doktor laktasi dari HUSM.


Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal"  tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan  paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu).  Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum.  Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana  ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti  lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak  keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya  faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti  forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.
 


Monday, July 23, 2012

Penyusuan bersama Dhia

Alhamdulillah...

Proses penyusuan bersama Dhia hampir 5 bulan. Dhia pun dah boooolat...:)
Tiap hari saya bekalkan pada babysitter 8 x 2oz...kadang-kadang, 8 botol tu balik semua..kadang 7 botol je balik....maknanya, Dhia memang minum banyak la kot...berat skrg pun dah 5.8kg....
Sangat aktif anak mama yang tu...seminit pun tak mo dok diam...tidur pun lasak jugak...

So far, stok susu kt dalam fridge tu agak banyak..sampai penin nak simpan kat mana lagi...
So, saya decide untuk ubah cara storage...saya perlu buat style yang leper2 tu....
Beli plastic sealer machine jugak...sbb saya cuma guna plastik storage susu yang tak de zip lock..jimat sket..hehe....




Apa yang saya amal cuma la :

1. Set 3M Shaklee,
2. Jadual megepam yang agak konsisten,
3. Air yang mencukupi,
4. Doa & tawakal.

Semoga perjalanan saya bersama Dhia mendapat rahmat & dipermudahkan...Amin...

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dari saya & keluarga untuk semua...


Alhamdulillah...
Tahun nie saya berpeluang untuk menyambut Ramadhan bersama En. Suami tercinta & anak-anak tersayang.
Tahun lepas, saya redha, tak dapat berpuasa sebulan dek kerana alahan yang teruk sbb mengandung Dhia.
Sambut raya pun ala kadar jer...sume persiapan, En Suami yang buat..

So, misi tahun nie adalah untuk train si Comel Dira untuk berpuasa...
1st day puasa, dia dapat bertahan sampai pukul 2.45pm...tu pun sebab kami bawa anak2 ke econsave untuk beli barang2 dapur...Unfortunately, kt situ ramai le pulak budak2 yang sama baya ngn Dira makan roti & minum air...
So, bila balik rumah, dengan selamba badak dia makan gula2 yang dibeli, konon untuk reward dia...
Bila mama tanya, apsal dia makan,....selamba je jawab "orang tadi tu bole je makan..."
Haish...

2nd day, dia dapat bertahan sampai azan maghrib....Alhamdulillah..keletihan anak mama nie...
Proud of you dear......



Wednesday, May 30, 2012

Stok Vitamin

Sampai dah....

Hehehe...
Investment nie...Pinjam duit En. Suami...dengan syarat, kena pulangkan dalam masa sebulan....walaweh...haru biru hidup nie..kena keje keras nak kasi abis terjual set-set stok nie....

Apa pun, saya sangat happy bila tengok botol-botol vitamin nie..rasa cam sihat & cantik sokmo la...ekekeke...




Ada jugak beli ESP untuk diri sendiri...since saya menyusukan baby, and saya nak kena marathon ganti puasa untuk sebulan....huhuhu....tu le akibatnya kalo mabuk time puasa...memang apa pun tak bole...apa pun, rezeki jugak bila mengandung tu kan...puasa tu ganti je la..bukan berdosa pun...ada keuzuran kan...hehehe..



Semoga saya dapat berkongsi kebaikan produk-produk nie dengan kawan-kawan...Semoga semua akan dapat manfaat dari khasiat & kelebihan vitamin-vitamin nie...amin...


Monday, May 28, 2012

CERITA TENTANG CANTIK

Mode : Noriah sungguh perasan...

Sungguh buatkan senyum saya meleret sepanjang malam....muahahahaaaa....

Jumaat lepas, rutin cam biasa....turun dari komuter, naik kereta bersama En Ucop....meneruskan perjalanan ke tempat pengasuh si baby Dhia....and, cam biasa jugak saya dengan gelagat kelam kabut...angkat sume beg & plask susu....benda yang paling akhir saya amik adalah, si anak dara kecik tu....

Time2 tu plak, Mak SOm...pengasuh baby Dhia....dia cakap cam nie...

" Ish...mak som tgk nor nie, pas bersalin makin lawo pulak....nor pakai apa? "

Kwang...kwang...kwang...terkejut ahkak...ada org ckp cenggitu...



Dari sudut side mirror ku....


Mana ada pakai produk apa-apa...nak berbedak pun tak dan dah le nie...pakai maybelline punya foundation & bedak kompak silkygirl jer...tu pun pagi2 sblm gi keje....& cair dulu sblm sampai kt workstation....sbb...berpack cam sardin kt dalam train...huhuhu...
 

Sekian terima kasih...



Stok oh stok....

Ini adalah berkaitang dgn stok EBM saya.....

Alhamdulillah....rezeki mmg mencurah-curah untuk baby Dhia....sampaikan lebih le dari permintaan...tapi tak le sebanyak orang lain kottssss....ahaks....

Sesungguhnya, fridge kt umah nie dh penuh....sbb saya salah arrange stok2 tu...adeh...cemana gayanya...stok baru nak masuk plak....saya tak kan kurangkan sesi mengepam....sbb takut nnt tak de stimulation, susu kurang plak nnt...menyesal kemudian tk guna....

Untuk stok bulan 6 nnt, saya plan nk guna bekas dadih tu la...senang sket kot nk stor kan stok EBM tu...tp is it save? huhu....

Penuh sudah....kes salah arrangement....



Wednesday, May 23, 2012

Set Penyusuan

Entry sebelum nie dah citer pasal set berpantangn yang memang sgt mabeles....**wink..wink**

La nie nak citer pasal set penyusuan pulak...
Yes.....saya tau...ramai org cakap nak wat apa mkn milk booster awal-awal kan....biasanya susu mmg byk la masa kita dok dalam pantang....

okies....meh saya stori mori sebab musabab apsal saya amik set penyusuan shaklee nie...

Saya adalah seorang ibu yang berkerja....
Lokasi pejabat di Pejabat Pos Besar, KL...So sad..mmg prevoius bos kata nie satu career opportunity untuk saya...Sgt setuju...tp bila ditransfer dalam masa peknen 5 bln, that is not a good idea for me...huwaaa!!!....
So true, pregnancy saya kali nie, penuh dgn emosi negatif, keluh kesah, perasaan tak puas hati...so as the result, saya berjaya guna MC sebanyak 13 hari dalam masa 2 bln out of 22 hari kelayakan untuk setahun...Walhal, utk previous pregnancy, MC saya yang terbanyak cuma la 11 hari dalam tempoh 9 bln....**kwang..kwang...*...so pity me...

Melalut kelaut lak...hihihi...ok2..back to the stori....sebaik aje abis berpantang, saya perlu masuk kerja....perjalanan ke tempat kerja yang agak tough , naik komuter yang cm sardin tak muat tin....berjalan kaki lebih dari 1 km untuk sampai ke my work station...( pergi & balik, same routine ).

Saya jugak ada dua org anak lagi yang berumur 8 thn & 5 thn yang perlu diberi perhatian...tiap2 malam mama stress ngan dorg nie...asek gaduh ajr kejenya...What to do, kena hadap aje la kan...

Perlu siapkan sume keje umah, kemas, masak, prepare baju skolah anak 4 the next day, prepare susu untuk baby, bangun mlm susukan baby ( all the house thing la kan...)

Dimana, sume tu..saya buat sendiri tanpa ada bantuan dari helper waima suami sekali pun...Tak salahkan suami sbb dia pun bz ngn kejenya...tak keje, maka tak de duit..( Keje sendirik kan...kais pagi, mkn pagi...tak kais, diet arr kitorg..)

As per ramai org tahu, ibu menyusu nie tak leh stress, penat dan seangkatan dengannya kan...maka, wajar le kalo saya buat keputusan untuk amik set penyusuan nie kan..bagi membantu saya untuk mendapat nutrien yg perlu demi kesihatan baby & saya sendiri....dengan pemakanan yang tak seimbang, tak tentu masa...tekanan routine hidup....saya memang perlukan bantuan cik-cik vitamin nie....

Apa yang saya dapat dari vitamin-vitamin nie???
Saya amik Vitalea, vitaminC, Bcomplex, alfalfa, Ostematrik, Omega guard, mealshake & performance drink...
Walaweh.....banyak jugak ek..pas nie saya nak tambah lg...nak amik ESP & GLA...

Apa kebaikan yang saya dapat ye..saya sambung kt next entry la..panjang sangat le plak...BTW, nak blk dh nie..nak gi kejar tren pulak...hihi..




ADAKAH SAYA PERLU SUPLEMEN??

ADAKAH SAYA...
  • Bertenaga sepanjang hari untuk segala aktiviti yang saya lakukan?
  • Berfikir dan mengambil berat tentang tahap kesihatan saya dimasa depan?  
  • Tertekan dengan gaya hidup masa kini yang pantas?
  • Mahu melindungi diri saya daaripada pelbagai pencemaran alam?
  • Mengambil berat tentang penyakit keturunan yang bakal diwarisi oleh anak cucu saya?  
Jawapannya adalah YA, maka saya perlukan suplemen!

TAHUKAH ANDA...
  • Hampir 95% jenis penyakit boleh diwarisi oleh anak-anak anda?
  • Terdapat banyak bukti dari kajian saintifik bahawa nutrisi berkait rapat dengan pencegahan penyakit?  
  • Hampir  80% penyakit kanser berpunca daripada pencemaran alam? ( udara yang kita sedut, air yg kita minum, dan baha-bahan kimia yg terdapat dalam makanan)
  • Surirumah adalah golongan yang sangat hamper dengan risiko-risko ini?  
  • Hanya beberapa peratus manusia sahaja yang betul-betul dalam keadaan yang sihat?
KENAPA SAYA TAK DAPAT KHASIAT DARI PEMAKANAN SAYA?
  • Makanan telah hilang khasiatnya kerana cara pemprosesan dan cara penyimpanannya.
  • Makanan yang kita makan penuh dengan lemak, tinggi kandungan gula dan garam, dan kekurang nutrient yang badan kita perlukan.  
  • Menurut survey USDA  hanya seorang daripada 21,500 orang yang mendapat 100% khasiat melalui pemakanan mereka.
  • Disebab tempoh pemprosesan dan penyimpanan, 57% daripada bahan segar dari lading telah kehilangan khasiatnya.
  • Makanan berisiko untuk dimakan kerana penggunaan racun, pencegah fungus dan juga bahan-bahan pengawet.  
Ada jalan penyelesaian tak?

YA!!, Saya boleh makan makanan yang segar, baru dipetik dari ladang, makanan organic, sayur-sayuran yang ditanam dengan baja tanah yang telah dirawat, proses masakan yang tidak ‘over-cooked’, dan pilihlah makanan daripada punca yang paling semulajadi. Tapi adakah saya meluangkan masa untuk semua ini?
Nampak tak praktikal, nak petik sayur dari ladang, nk sembelih ayam ternakan, nak tangkap ikan sendiri. Betul tak? Owh..saya sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian.

So apa nak buat? Ada cara lain tak? 
 
YA, saya boleh melengkapkan diet dan pemakanan harian saya dengan makanan tambahan dari sumber semulajadi dan organik yang ada dipasaran. Ini bukan satu cara mengelak, maknanya bukan lah tak perlu makan makanan lagi, masih perlu makan dan ditambah dengan pengambilan beberapa jenis suplemen. Sesungguhnya suplemen akan dapat membantu tubuh  saya untuk mendapatkan yg terbaik.

Oleh itu,
SAYA PILIH SHAKLEE!!


Friday, May 18, 2012

Produk Berpantang

Set Berpantang Shaklee....

Sebelum nie, tempoh confinement Nazrul & Dira, saya makan ubat homopati...Salindah....so far, ok jer...saya tak de masalah dengan produk nie...

Untuk confinement Dhia lak, saya guna produk nie...


** Set Berpantang Shaklee **

Sebelum nie, adik saya, Yati or di alamaya nie org kenal dia as Lydzar....bole baca blog dia kat sini...
Dia yang consume vitamin-vitamin shaklee..start dari tempoh breastfeeding anak yang kedua, preggy anak yang ketiga...n now breastfeeding lak anak yang ketiga... So dia yang propose kat sume adik beradik termasuk adik-adik ipar kami....

Alhamdulillah, adik-adik ipar ( Adah & Jaa ) pun sedang berjuang untuk breastfeed anak masing-masing....so far, semua anak buah yang lahir tahun lepas, belum di topup ngan susu formula....

Saya amik pack confinement...kandungan untuk kegunaan 40 hari...ada 4 jenis vitamin dalan set tu...
1. Vitamin C
2. Vitalea
3. Alfalfa ( nie yang jadi milk booster. Hasilnya, saya berjaya memenuhkan fridge dalam masa 2 bulan tempoh confinement )
4. B Complex

Saya amik jugak Ostematrik, Vitamin E dgn Omega Guard...

Hasilnya, saya perasan luka epi cepat sembuh....
Percaya tak, saya bole duduk bersila selepas dua minggu...confinement Nazrul, lepas dua bulan baru berani nak bersila..tu pun rasa gak kebas-kebas...sbb luka epi mmg panjang....huhu... Masa confine Dira lak, lepas sebulan...& saya makan ayam lepas habis tempoh 60 hari...boring giler makan ikan...adeh...
Bukan tak try makan sebelum tu, tp saya rasa gatal-gatal kt bekas luka epi...

Untuk Dhia nie, saya bole bersila lepas dua minggu..tanpa rasa kebas...lepas tiga minggu, saya try makan ayam...alhadulillah, tak de gatal..hihi...so, memang belasah je la...
Rasa penat pun kurang..maklum je la kan...baby kan memang kerap bangun malam untuk menyusu...so, mama memang redha je le berjaga malam...tambah pulak, saya berpantang dirumah sendiri...mak dapat tolong dua minggu jer....huhu..sedih....
BTW, thanks la mak + abah...sebab sanggup berjauhan dua minggu tu...tak pernah lagi dorg dok jauh lama-lama cam tu seusia 33 tahun perkahwinan...terharu....

Bila mak dah balik, sume keje kat umah tu mmg atas tanggungjawab sendiri la kan...saya tak de amik helper...umah kecik..tak selesa kot....Nazrul lak tak mo gi umah transit dia....tak kan mama nak marah pulak kan..lagipun dekat je skolah agama tu ngan umah...
So, tempoh confinement saya memang penuh dengan aktiviti surirumah..bukan aktiviti ibu berpantang....siapkan anak-anak skolah, siapkan bekpes, masak untuk tengahari ( menu lain dari mama punya la of kos...), membasuh, menyidai...pendek kata, sume keje umah le..malam-malam pulak layan anak-anak makan, layan karenah mengada-ngada dorg, siapkan baju skolah untuk esok, macam-macam la lagik....En Suami memang tak membantu since dia pun busy sebab kebetulan job tengah banyak masa tu...malam-malam pun keluar lepas amik anak-anak dari mengaji....

Alamak, panjang lak citenya ye...saya pendekkan je la...
So, conclusionnya, kesan yang saya rasa, list kat bawah je la...

1. Luka epi cepat baik
2. Badan kurang letih, kurang mengantuk, kurang stress
3. Berjaya memenuhkan fridge dengan EBM untuk Dhia 
4. Muka pun tak pucat & sembab 
5. Dhia tak kena jaundis

Sangat fall in love le ngan produk Shaklee...

Thursday, May 17, 2012

Rezeki Untuk Dhia

Alhamdulillah...

Memang saya berniat nak bagi fully breastfeed pada dia since saya tak berjaya untuk abang & kakaknya...Ye, salah saya...Masa tu tak de ilmu & memang tak tahu apa bendanya EBM, pam elektrik, segala mak nenek aksesori...memang TAK TAHU....huhu..sian kan....camana pun saya bersyukur jugak sebab dapat bagi susu ibu pada kedua anak saya tu sampai dua tahun walau pun bercampur dgn susu formula di rumah babysitter...dekat rumah, saya memang tak de simpan susu formula langsung....Alhamdulillah..

Now for Dhia, saya berazam untuk menyusukan sepenuhnya sampai umur dua tahun nanti...doakan ye...
dan untuk tujuan tu, saya memang prepare dengan ilmu pengetahuan pasal EBM..( urus stok, pam, storage dll ), saya jugak amik supplement untuk dapatkan susu yang berkualiti untuk Dhia....Nanti saya kongsikan apa yang saya amik untuk dapat stok EBM macam dalam fridge tu....kakak Dira sibuk enterframe..hehehe..




Tuesday, May 15, 2012

New Member

Lama saya menghilang kan?? sungguh mencabar tempoh tu.....

Sebaik aje disahkan pregnant, alahan terus datang tanpa amaran dah...buat prengnancy test pun sebab gempa bumi melanda kepala berkali-kali....dalam hati memang dah terdetik that i'm pregnant...syukur sangat....

Alahan bermula dua minggu sebelum ramadhan 2011...memang dah agak, saya akan terpaksa bermarathon ganti puasa nie...adeh....memang totally reject makanan, air, ubatan...tapi apa pun, memang kena paksa la makan or at least minum air kan....

So, nie la dia orangnya.....tadaa...DHIA NUR AMANI BT MOHD YUSOF




Lahir pada 05 Mac 2012, jam 2.23 petang dengan berat 2.95kg.
Gambar nie Dhia dah 4.6kg...sangat chubby kan? Nanti saya kongsi rahsia cemana dia bole jadi chubby cam nie....gerammmm mama....hihihi...
Baby yang sangat baik..tak de meragam langsung masa dalam tempoh confinement...even sekarang pun, Dhia tak banyak ragam...specially time mama kalut bersiap nak pegi kerja....