Salam Isnin!!!
Tajuk sungguh tak boleh blah ek...macam nak wat diskusi intelek je...hehehe..
Sedar tak sedar....tu lah hakikatnya..zaman sekarang, sume di hujung jari aje..tinggal sediakan duit je nak sediakan gajet-gajet informasi yang makin canggih & wallah...
Last Satruday, kami dibawa en. suami ke mini reunion ex-schoolmate...Makan-makan, sembang-sembang..tapi tak sempat nak snap gambar pun..huhu...
Apa yang saya concern is, mostly semua kawan-kawan en. suami, gunakan galaxy tab atau ipad untuk mengalih tumpuan anak-anak masing-masing daripada membuat onar kt kedai makan. Sebenarnya kami tak de lah nak ajar anak dengan gunakan galaxy tab untuk alih perhatian dorang. Selalunya kami sembang-semabang anak beranak sementara menunggu makanan sampai. Tapi disebabkan semua anak-anak orang lain dah leka dengan tab / ipad mak pak masing-masing, makanya haruslah anak saya pun minta keluarkan gtab untuk tengok youtube...and me, tak de pilihan kena keluarkan jugak.
Apa yang terkesan dihati adalah, bila anak-anak dah leka dengan aktiviti di gajet masing-masing, tak de la lagi aktiviti nak berkawan-kawan, main lari-lari atau bergaduh-gaduh...
At last, rasanya sume pun tak bertegur...cuma mak-mak & pak-pak jer dok bersembang...
Terfikir kat kepala yang dah nak berkarat nie, sebenarnya gajet-gajet nie tak patut dibawa untuk perjumpaan macam tu...and, saya sangat pasti yang zaman sekarang, kebanyakan orang cuma pandai bersembang kt laman maya jer...bila berjumpa empat mata, masing-masing kelu tak berbahasa.....
0 comments:
Post a Comment