Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Thursday, June 18, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ( 2015 )


Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur diberi nikmat bertemu lagi dengan Ramadhan. 
Jika Ramadhan tahun lepas disambut dengan berbagai-bagai emosi yang tak best. Alhamdulillah tahun nie menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan redha dengan ketentuan dengan perjalanan yang dah Allah berikan.
Sesungguhnya, setiap sesuatu yang terjadi bukanlah sia-sia. Ujian yang Allah beri sebagai tanda sayang dan peringatan.

Walaupun masih bergelut dengan kemelut ekonomi yang jauh dari stabil, aku tetap bersyukur kerana masih berada dikalangan orang-orang yang menyanyangiku dan sanggup membantu dikala aku kesusahan. Sanggup melimpahkan sayang yang tak berbelah bahagi kepada anak-anak syurga yang aku ada.

Terima kasih. 
Sungguh!

Aku.
Takkan sudi untuk berputus asa. Walau beribu badai datang melanda. Akan ku usahakan hingga habis daya. Semoga Allah izinkan aku untuk menyenangkan mereka-mereka yang dah banyak berjasa kepada kami.  



Wahai aku!
Janganlah kau patah semangat. Teruskan perjuanganmu. Buktikan kepada mereka-mereka yang membencimu. Kau juga mampu untuk bahagia. Kau juga mampu hidup tanpanya yang tak pernah menghargai.

Tuesday, June 9, 2015

Atasi Ketakutan : Selalulah Cabar Diri Sendiri

Alhamdulillah.

Saya dah berjaya atasi ketakutan yang selama nie bersarang gagah dalam diri sendiri. Bila diingatkan, bodohnya terasa. Padahal bukanlah besar sangat masalahnya. Huhu..

Saya. Ye, saya sangat takut nak drive sendiri. Takut tengok lautan kereta diatas jalan raya. Takut tak tahu jalan. Takut tak reti baca signboard. Takut sesat.
Huh!
Segala macam takut le.

Alhamdulillah. Selepas kejadian sadis dalam hidup saya terjadi, ketakutan tu dah pun dapat diatasi. Ye lah. Dah terdesak kan?
Tapi, sepatutnya tak payah la tunggu terdesak baru nak atasi ketakutan tu. Buat je. Redah.

Sebenarnya bukan nak cerita kisah sedih. Adoi!
Nak cerita yang saya dah berani drive sendiri. Jarak jauh tau. Sebelum nie, Kajang-KL pun Masyaallah takutnya.
Baru-baru nie, dah berjaya drive Chini - Sungai Besar. Proud of myself. Hehe.
Kecik pada pandangan mata orang, tapi besar untuk saya tu.

Dapat juga bawa mak hadiri kenduri sepupu kat Sungai Besar. Drive non-stop dari Chini ke Klang. Singgah rumah adik. Tu pun sebab nak cari bengkel kereta. Hehe.
Dahsyat tak?



Boypren kesayangan yang mintak ditukar timing belt..

Lepas je abam mekanik tengok apa-apa yang patut, kami mengisi perut yang semakin berkeroncong. Adik payung nasi ayam penyet kat Klang Central.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah nenek di Sungai Besar. Alhamdulillah selamat tiba dengan jayanya. Disambut pulak dengan pemandangan sawah padi yang saujana mata memandang.

Subahanallah!
Nikmat mana lagi yang nak didustakan? Indahnya pemandangan, penuh dengan ketenangan. Nikmat yang mahal Allah bagi pada waktu tu. Dhia & Dina pun bukan main seronoknya main campak-campak batu dalam air. Hehe.



Background disekeliling rumah nenek saya.

Lepak kat rumah nenek semalaman. Sempat la mak menyembang dengan nenek sekejap. Seronok dapat ziarah orang tua yang banyak berjasa. Banyak jugak mesej tersirat yang saya dapat dalam lawatan kali nie. Huhu.

Esoknya, seawal jam 11, kami dah bergerak ke rumah sepupu di Pasir Panjang untuk majlis walimatul urus. Saya tak ingat nama sepupu tu. Hehe. Ape ntah!
Dapat jumpa semua sepupu-sepupu & pakcik makcik disebelah abah. Tahniah pengantin. Moga kekal till Jannah.















Tu je la kisah di rumah kenduri. Seronok dapat jumpa sedara mara yang jarang sangat dapat bertemu mata.
Kalau ada izin Allah, umur dipanjangkan, kita jupa lagi ye.


Monday, June 8, 2015

Bagaimana Menjana Pendapatan Walau Hanya Duduk Dirumah?

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis kat sini. Berhabuk dah blog saya yang nie. Huhu.
Hari nie saya nak share pasal duit, gaji, income atau whatever term lah yang korang guna untuk menggambarkan duit. Yang kita guna untuk beli macam-macam keperluan.





Dulu, 12 tahun saya bekerja. Bukan tak ada masalah duit. Ofkos lah akan ada kan. Tapi kerunsingan tu kurang sebab cukup time sampai je date 25hb setiap bulan, akaun pak rimau akan penuh semula. 
Saya resign pada tahun 2013 selepas mengandungkan anak ke-4, Dina. Salah satu punca resign adalah office yang dah berpindah jauh dari tempat tinggal saya pada masa tu iaitu di Kajang. Office Poslaju HQ, dah pun berpindah ke Seksyen 21, Shah Alam. Saya yang ada masalah memandu jarak jauh pada masa tu ( penakut lah tu! ) ambil keputusan untuk resign. Anak pun dah ramai. Saya sangat risau tak dapat nak bagi sepenuh perhatian kepada anak-anak memandangkan jarak offfice yang sangat jauh - keluar kerja awal pagi, balik pulak dah gelap - dan keadaan kerja bekas suami yang sangat sibuk mengalahkan perdana menteri, menambahkan nekad untuk resign.

Selain daripada faktor-faktor yang saya dah sebutkan tadi, saya juga ada income lain yang dah pun sama banyaknya dengan gaji saya di Poslaju. Kerja pun dari rumah aje. Ye. Saya cuma run bisnes Shaklee aje. Income takde lah banyak sangat. Apa yang saya dapat masa tu cuma sama banyak dengan gaji sebulan di Pos Malaysia. Gaji sebulan yang tak banyak mana pun.

Kalau nak tahu pasal Shaklee, jemput lawat blog mamadhia-vitashop.blogspot.com

Tau tak?
Start daripada Mei 2015 lepas,,, Shaklee ada buat program best untuk orang-orang yang berminat nak buat income dengan diorang. Nama program, Young Enterprenuership System. Macam-macam benefit yang Shaklee bagi. Iollss jeles gila. Bonus boleh dapat dua kali ganda dari yang kita sepatutnya dapat. Huh!