Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Thursday, June 18, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ( 2015 )


Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur diberi nikmat bertemu lagi dengan Ramadhan. 
Jika Ramadhan tahun lepas disambut dengan berbagai-bagai emosi yang tak best. Alhamdulillah tahun nie menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan redha dengan ketentuan dengan perjalanan yang dah Allah berikan.
Sesungguhnya, setiap sesuatu yang terjadi bukanlah sia-sia. Ujian yang Allah beri sebagai tanda sayang dan peringatan.

Walaupun masih bergelut dengan kemelut ekonomi yang jauh dari stabil, aku tetap bersyukur kerana masih berada dikalangan orang-orang yang menyanyangiku dan sanggup membantu dikala aku kesusahan. Sanggup melimpahkan sayang yang tak berbelah bahagi kepada anak-anak syurga yang aku ada.

Terima kasih. 
Sungguh!

Aku.
Takkan sudi untuk berputus asa. Walau beribu badai datang melanda. Akan ku usahakan hingga habis daya. Semoga Allah izinkan aku untuk menyenangkan mereka-mereka yang dah banyak berjasa kepada kami.  



Wahai aku!
Janganlah kau patah semangat. Teruskan perjuanganmu. Buktikan kepada mereka-mereka yang membencimu. Kau juga mampu untuk bahagia. Kau juga mampu hidup tanpanya yang tak pernah menghargai.

0 comments: