Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Monday, January 19, 2015

Irdina Nur Eizzara : Keletah Yang Mencuit Hati

Alhamdulillah.

Anak ini semakin membesar dengan bijak dan keletah. Karenahnya menjadi penawar kepada kelukaan yang masih berbekas hingga kini. Cukup usianya setahun enam bulan. Walau kehilangan kasih sayang seorang ayah, Allah gantikannya dengan kasih nenek dan embah yang tak berbelah bahagi. Cucu yang paling rapatlah agaknya dengan nenek dan embah... ^_^




Nie lah dia, anak yang ditinggalkan ayah seawal usia 2 bulan. Nie lah dia, anak yang membesar petah tanpa mengenalinya kasih seorang ayah. Sedihkan?
Kami merancang. Tapi perancangan Allah tu lebih teliti. Ada sesuatu yang kami perlu belajar. Mungkin, tanpa ujian ini, mama Irdina takkan sekuat ini. Takkan mampu berdikasri sebegini.
Untungnya Irdina, dapat pulak menumpang sepenuh kasih sayang dari nenek dan embah. Alhamdulillah.




Seusia Irdina setahun, dah banyak yang boleh dituturkan. Walaupun sikit pelat, ia tetap difahami. Sangat lasak dan aktif. Nak tengok Dina diam, cumalah masa dia tidur. Bila mengamuk, boleh tahan jugak suranya menjerit dan menangis. Kadang-kadang mama pun boleh hilang sabar dengan karenah budak kecik nie. Huhu.

Apa pun, semoga Dina membesar menjadi anak yang solehah. Yang boleh berdikari dan tak menyusahkan sesiapa. Redha aje la ye sayang walaupun mama pasti suatu masa nanti, pasti Dina akan tertanya-tanya kemana abah. Kenapa Dina je tak de abah sedangkan kawan-kawan lain selalu ditemani ayah masing-masing.




Monday, January 12, 2015

2015 : Moga Bahagia Bertandang

Alhamdulillah.

Masih dapat menikmati udara pinjaman Allah untuk hari-hari terawal 2015.
Azam baru tahun nie, nak update blog nie dengan aktiviti anak-anak yang kian membesar. Azam untuk meninggalkan semua kenangan pahit 2014 dan cuba untuk melupakannya. Paling utama, saya nak sangat memaafkan mereka-mereka yang membuat onar dan mengkhianti saya dan anak-anak. Moga Allah permudahkan. Saya nak moving forward. Menikmati saat-saat bahagia bersama-sama anak-anak dan mereka-mereka yang masih menyanyangi kami.

Biarkan aje apa orang nak kata. Apa yang penting, kami perlua pandai menjaga diri dan menjaga maruah keluarga. Berusaha gigih untuk keluar dari kegawatan yang baru je terjadi. Semoga saya kuat semangat dan ada rezeki untuk anak-anak nanti...