Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Wednesday, March 30, 2011

SANGGUPKAH SAYA...

BERKORBAN APA SAJA...


Petik daripada SINI
Sanggupkah kita berkorban?
Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar,  memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.
Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.
Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.

UNTUK MENDAPATKAN INI.....


** A happy family **



0 comments: