Tuesday, September 4, 2012
Cerita Raya Kami
Walllaaaa...rupanya dah sebulan blog nie tak berhapdet...
Nampak sangat tuan tanah malas nak menulis. Padahal zaman dulu kala, kalo dah start menulis tu, lupa lak cemana nak berenti...huk..huk..huk..
Dah 17 Syawal rupanya ari nie..kejap je masa berjalan..nak tepek gambar raya je...dah le sekeping je..huhu...ada byk dalam tab. Tapi tak tau cemana nak transfer ke PC..sungguh terserlah kesengalan..ahakss...
Nie raya pertama untuk Dhia yang bambam. Dan raya pertama dia, beraya di rumah atuk & tok wan...
Tak de apa yang best sangat..hahaha....bole gitew??
Malam raya, just lepak-lepak depan tv...Kt rumah atuk & tok wan memang tak de banyak aktiviti.. Sebab keje masak-memasak juadah tak hyper sangat...Menu raya dorang mudah je...rebus ketupat segera & masak rendang je sikit...sarapan di pagi raya pun just mihun goreng...huhu...
Bermastautin di rumah atuk & tok wan sampai raya ke-5 sebab nak menunggu majlis bertunang makcik dorang.
Dan pagi raya ke-5 tu, kitorang gerak ke Cameron Hingland ngan embah & nenek pulak....banyak citer sedih masa nie...so keputusannya, memang raya tahun nie, tak best sangat...
Thursday, August 2, 2012
Ceritera tentang susu Dhia
Salam 13 Ramadhan..
Cepatnya masa berlalu....
05 Ogos 2012, Dhia dah 5 bulan...maknanya dah 5 bulan juga perjalanan penyusuan saya bersama si comel tu. Tak sabar nak introduce solid food kat Dhia.
Sekarang, saya dah tau cara untuk membekukan susu secara meleper..So, lepas nie saya harap ruang fridge kat rumah tu jadi luas untuk saya tempatkan lebih banyak stok susu untuk Dhia. Hampir je nak bli deep freezer..tapi bila mengenangkan ruang rumah yang terhad, saya mesti buat sesuatu yang lain. So, skrg saya dah tau..:)

Stok untuk Dhia
Yang empunya
Wednesday, August 1, 2012
MINDA YANG MUSYKIL
Kekurangan ilmu membuatkan saya tak tahu nak kata apa. Rasanya, ia adalah perkara yang sangat basic. Yang seharusnya diketahui oleh semua yang mengaku Islam. Cintakan agama, patuh pada yang Esa, sayang pada Rasulnya. Apakah wajar bila berada di rakaat ke 2, untuk solat zohor, sedang azan asar sedang berkumandang?
Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.
Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.
4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.
7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.
Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.
Sumber: http://fekah.blogspot.com
Tuesday, July 31, 2012
Anak-anak & kasut
Salam 11 Ramadhan..
Kejap je masa berjalan. Sedar tak sedar, dalam sibuk urusan dunia, rupanya dah 11 hari kita sume berpuasa...
Entah kenapa tahun nie, semangat nak membuat baju kurung macam tahun-tahun lepas, tak keluar membara macam selalu. Mungkin faktor usia & tanggungjawab tak memungkinkan semangat tu untuk keluar..owh my...saya dah makin tua....Saya cuma beli sepasang baju kurung sebagai syarat. Baju kurung & baju melayu dah disetelkan oleh nenek & embah...Thanks nenek & embah...tak mintak, tapi bila orang dah sediakan, kecik tapak tangan, padang bola le saya tadahkan.....hihihi..
Eh..sebenarnya nak citer kisah anak-anak dengan kasut mereka...
Last Sunday, bawa diorang pegi beli kasut kat Kajang, kedai kasut sebelah ziplee....Sebab musabab pegi kekedai tu, sebab ada terjumpa kasut size budak, design dewasa....wah..wah..wah..Dira bukan main suka lagi bila dapat kasut yang dia dok idam...
Dari sampai kat rumah, bawa le sampai masa nak tidur, kehulu-kehilir tawaf rumah pakai kasut...
Yang paling kelakar, nak bangun kencing kol 3 pagi, kasut dia dulu yang dipegang..bukan nak cari toilet..
Haish.....
Susahnya nak upload gambar guna galaxy tab ye...hadap je la Nor, entry yang tak de gambar nie...

Tuesday, July 24, 2012
SUSU SAYA TIDAK CUKUP?
Hari nie, saya nak berkongsi artikel tentang keluhan ramai ibu-ibu diluar sana.
Ini adalah hasil perkongsian daripada doktor laktasi dari HUSM.
Ini adalah hasil perkongsian daripada doktor laktasi dari HUSM.
Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?
Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!
Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?
Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.
Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum. Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.
Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sampai perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.
Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.
Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.
Monday, July 23, 2012
Penyusuan bersama Dhia
Alhamdulillah...
Proses penyusuan bersama Dhia hampir 5 bulan. Dhia pun dah boooolat...:)
Tiap hari saya bekalkan pada babysitter 8 x 2oz...kadang-kadang, 8 botol tu balik semua..kadang 7 botol je balik....maknanya, Dhia memang minum banyak la kot...berat skrg pun dah 5.8kg....
Sangat aktif anak mama yang tu...seminit pun tak mo dok diam...tidur pun lasak jugak...
So far, stok susu kt dalam fridge tu agak banyak..sampai penin nak simpan kat mana lagi...
So, saya decide untuk ubah cara storage...saya perlu buat style yang leper2 tu....
Beli plastic sealer machine jugak...sbb saya cuma guna plastik storage susu yang tak de zip lock..jimat sket..hehe....
Apa yang saya amal cuma la :
1. Set 3M Shaklee,
2. Jadual megepam yang agak konsisten,
3. Air yang mencukupi,
4. Doa & tawakal.
Semoga perjalanan saya bersama Dhia mendapat rahmat & dipermudahkan...Amin...

Salam Ramadhan
Salam Ramadhan dari saya & keluarga untuk semua...
Alhamdulillah...
Tahun nie saya berpeluang untuk menyambut Ramadhan bersama En. Suami tercinta & anak-anak tersayang.
Tahun lepas, saya redha, tak dapat berpuasa sebulan dek kerana alahan yang teruk sbb mengandung Dhia.
Sambut raya pun ala kadar jer...sume persiapan, En Suami yang buat..
So, misi tahun nie adalah untuk train si Comel Dira untuk berpuasa...
1st day puasa, dia dapat bertahan sampai pukul 2.45pm...tu pun sebab kami bawa anak2 ke econsave untuk beli barang2 dapur...Unfortunately, kt situ ramai le pulak budak2 yang sama baya ngn Dira makan roti & minum air...
So, bila balik rumah, dengan selamba badak dia makan gula2 yang dibeli, konon untuk reward dia...
Bila mama tanya, apsal dia makan,....selamba je jawab "orang tadi tu bole je makan..."
Haish...
2nd day, dia dapat bertahan sampai azan maghrib....Alhamdulillah..keletihan anak mama nie...
Proud of you dear......