Copyright © Cerita Tentang Kami
Design by Dzignine
Tuesday, February 17, 2015

Birthday Prank Untuk SuperMak

13 February,

Alhamdulillah. Bertambah lagi setahun umur. Bermakna kematian juga semakin menghampiri, yang entah bila akan tiba masanya. Wallahua'lam.



Sebenarnya, tak de la excited sangat nak celebrate. Even sebenarnya tak pernah sambut pun. Dan tahun nie, tahun kedua menyambut hari lahir dengan memori sedih. 13 Februari 15, tarikh yang sepatutnya jadi tahun yang ke-11 perkahwinan yang gagal dipertengahan. Sebab tu saya tak terasa excited langsung untuk mengingati tarikh nie.

Tahun nie, sambutan hari ulangtahun yang agak berbeza. Terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan di PasarTani, Dara. So unexpected tau! Terkena makcik yang comel nie..huhu..
Nasib baik memang hari tu tak terfikir pun nak pakai cantik-cantik macam biasa. Mood malas nak bersiap.

Anyhow, terima kasih Kak Zu for the lovey chocolate cake & Kak Za for the great novel. Iollss is belum sempat nak belek lagi novel tu. I'll read it later ye.


Tuesday, February 3, 2015

Seminar Kuasai Potensi Diri DAO

Alhamdulillah...

Dapat jugak join seminar kenali potensi diri Dr. Azizan Osman. Rupanya nie roadshow free yang terakhir dia buat. Lepas nie dia bakal superbizi tahap tak de masa dah nak layan mende² free lagi. Huhu....



Tahniah DAO. Usaha berkongi secara percuma dengan ramai orang di Malaysia nie, dah 6000++ usahawan yang grade dari IMKK. Dan dah beratus usahawan yang berjaya tingkatkan pendapatan melalui perniagaan masing².

Beratus juga yang dah jadi jutawan.

Saya pun bakal jutawan jugak. Hehe....
Siapa kata single mom tak boleh jadi jutawan? Even sebenarnya ramai yang jadi kaya atau lebih senang lepas single semula. Dah banyak bukti terbentang depan mata..khennnnn??


Mungkin nak jadi rezeki jugak dapat join seminar nie sedangkan dah beberapa kali pun saya daftarkan nama. Tapi tak dapat nak join atas beberapa sebab.

Kali nie dapat ajak kawan² yang sama² berniaga di Pasar Tani, Chini. Kami looking forward untuk join IMKK pulak. Fee IMKK agak tinggi. So, kami peniaga kecik nie kenalah menabung dulu...

Banyak jugak ilmu yang DAO bagi. Terutamanya tentang perkara yang back to basic, hubungan kita dengan Allah, dengan famili, dengan suami, dengan anak². Ada ramai yang terlupa benda² nie dengan alasan bizi dengan bisnes sendiri.

Hope saya berjaya nanti. Demi anak² yang sangat perlukan perhatian.
Saya berjanji akan terus berjuang untuk memulihkan keadaan ekonomi keluarga yang agak terumbang-ambing dek musibah yang melanda kami. Saya juga janji untuk memulihkan emosi anak-anak malahan emosi saya sendiri yang tercalar-balar hasil dari penganiayaan yang kami terima.
Kalau DAO boleh bangkit dari kejatuhan dalam hidupnya, masakan saya tak boleh?
Mesti boleh lah!
Monday, January 19, 2015

Irdina Nur Eizzara : Keletah Yang Mencuit Hati

Alhamdulillah.

Anak ini semakin membesar dengan bijak dan keletah. Karenahnya menjadi penawar kepada kelukaan yang masih berbekas hingga kini. Cukup usianya setahun enam bulan. Walau kehilangan kasih sayang seorang ayah, Allah gantikannya dengan kasih nenek dan embah yang tak berbelah bahagi. Cucu yang paling rapatlah agaknya dengan nenek dan embah... ^_^




Nie lah dia, anak yang ditinggalkan ayah seawal usia 2 bulan. Nie lah dia, anak yang membesar petah tanpa mengenalinya kasih seorang ayah. Sedihkan?
Kami merancang. Tapi perancangan Allah tu lebih teliti. Ada sesuatu yang kami perlu belajar. Mungkin, tanpa ujian ini, mama Irdina takkan sekuat ini. Takkan mampu berdikasri sebegini.
Untungnya Irdina, dapat pulak menumpang sepenuh kasih sayang dari nenek dan embah. Alhamdulillah.




Seusia Irdina setahun, dah banyak yang boleh dituturkan. Walaupun sikit pelat, ia tetap difahami. Sangat lasak dan aktif. Nak tengok Dina diam, cumalah masa dia tidur. Bila mengamuk, boleh tahan jugak suranya menjerit dan menangis. Kadang-kadang mama pun boleh hilang sabar dengan karenah budak kecik nie. Huhu.

Apa pun, semoga Dina membesar menjadi anak yang solehah. Yang boleh berdikari dan tak menyusahkan sesiapa. Redha aje la ye sayang walaupun mama pasti suatu masa nanti, pasti Dina akan tertanya-tanya kemana abah. Kenapa Dina je tak de abah sedangkan kawan-kawan lain selalu ditemani ayah masing-masing.




Monday, January 12, 2015

2015 : Moga Bahagia Bertandang

Alhamdulillah.

Masih dapat menikmati udara pinjaman Allah untuk hari-hari terawal 2015.
Azam baru tahun nie, nak update blog nie dengan aktiviti anak-anak yang kian membesar. Azam untuk meninggalkan semua kenangan pahit 2014 dan cuba untuk melupakannya. Paling utama, saya nak sangat memaafkan mereka-mereka yang membuat onar dan mengkhianti saya dan anak-anak. Moga Allah permudahkan. Saya nak moving forward. Menikmati saat-saat bahagia bersama-sama anak-anak dan mereka-mereka yang masih menyanyangi kami.

Biarkan aje apa orang nak kata. Apa yang penting, kami perlua pandai menjaga diri dan menjaga maruah keluarga. Berusaha gigih untuk keluar dari kegawatan yang baru je terjadi. Semoga saya kuat semangat dan ada rezeki untuk anak-anak nanti...



Saturday, June 14, 2014

Mengapa Aku DiUji?

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12




Wednesday, April 3, 2013

Lawatan Semula

Assalamualaikum..

Lamanya tak menjengah blog nie...Dah bersawang & semak samun...tiba-tiba dapat semangat nak bersihkan balik blog nie...:)

Apa ye yang saya nak ketengahkan di blog nie..hmm.kena fikir semula nie...

Kalau dulu, asyik cerita pasal Premium Beautiful. Now, saya dah tak buat pun..Saya rasa kemampuan saya untuk buat bisnes tu langsung tak ada, since bisnes tu perlukan saya untuk keluar dari rumah dan tinggalkan anak-anak yang memang masih perlukan perhatian.
Kalau nak cerita pasal Shaklee, saya dah gunakan blog baru khas untuk Shaklee aje...sila la lawat ye...
http://mamadhia-vitashop.blogspot.com/ 

Since saya dah FTHW, saya rasa akan ada kesempatan untuk menulis lagi kt blog nie....update pasal anak-anak pun ok jugak kan?

InsyaAllah...semoga dipermudahkan....



Friday, September 21, 2012
 Sebelum-sebelum ni saya macam segan nak tayang gambar sendiri. Almaklumlah, muka ala-ala model gitu. Memang jenis yang tak suka bergambar. Jadi gambar untuk testimoni pun seadanya aje lah.



Okey, gambar sebelum tu ambil sehari sebelum saya deliver anak ketiga. Memang agak menyampah jugak tengok muka sendiri masa tu. Actually, tak ada la problem sangat. Cuma terasa gelap & kusam aje kulit mukaku itu.

Saya memang bukan orang yang pakai macam-macam produk skincare. Cukup sekadar pencuci Safi & foundation Maybeline. Bedak pulak cuma compact powder silkygirl aje. Janji tak pucat sangat muka ku yang comei tu. hehehe...gurau je... Kulit jenis yang berminyak, akan ditumbuhi jerawat bila period nak menjengah. Tak ada jeragat pun..Maybe sebab berminyak kot. Ntah le..Cuma yang pasti, kulit muka saya memang kusam & tak bermaya. Fakta tu dari dulu lagi. Dan juga pori yang agak besar. Tapi tak nampak pulak dalam gambar yek. Dah cari gambar close up. Tapi memang tak ada. So, tak bole nak compare lah. Saya cerita aje la ye..

And now, saya start consume vitamin-vitamin Shaklee selepas saya deliver si bambam Dhia. Mula dengan set untuk berpantang...vitamin c, vitalea, Bcomplex, Alfalfa & ZInc complex. Masa nie saya dah nampak kulit makin cerah. Tak ada pucat macam kebanyakan ibu berpantang.

Lepas tu saya tambah sikit demi sikit. Saya amik GLA & Omega Guard. Lepas abis cuti berpantang, saya tambah dengan ESP & Ostematrik.

Alhamdulillah, susu meriah, kulit pun makin ceria. Kosmetik yang saya guna sekarang, masih sama..Compact powder Silkygirl, foundation Maybelline, pencuci muka safi. Sangat berhajat untuk tukar kepada Nutriwhite satu hari nanti....